Sunday 27 March 2011

Minggu & Malam KaryaOne


Minggu KaryaONE julung-julung kali dianjurkan bagi mempersembahkan manifestasi seni Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dan menyediakan ruang apresiasi kepada karya seni dan kreatif pelajar-pelajar fakulti. Pelbagai aktiviti ilmiah seperti bengkel, seminar, dialog dan persembahan akan disediakan bagi memperlihatkan komitmen Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dalam penglibatan akademik dan melebarkan informasi mengenai persada seni dan teknologi kreatif kepada pelajar-pelajar universiti dan umum. Pada Malam KaryaONE yang berkonsepkan elegan dan ekspresi generasi muda, penganugerahan akan diberikan kepada  pelajar-pelajar menerusi kategori-kategori karya seni dan kreatif yang dicalonkan. Malam KaryaONE juga akan dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan VIP, barisan artis dan selebriti tanahair bagi memeriahkan lagi acara.
Minggu KaryaONE adalah sebuah acara dan festival yang amat bersesuaian dan diperlukan oleh pelajar-pelajar jurusan teknologi kreatif dan artistik dalam menyampaikan ‘ekspresi seni dan kreatif’ dan berkongsi maklumat mengenai idea, aktiviti, promosi dan perkembangan seni kreatif dan artistik yang terkini. Acara ini juga dianggap penting dan sesuai dalam memperkenalkan penggiat-penggiat seni tanahair kepada pelajar-pelajar universiti selain menaikkan imej fakulti sendiri di bawah naungan dekan baru, Prof. Madya Abdul Razak Hj. Mohaideen.
  
VISI
  •  Menghasilkan dengan jayanya program Minggu KaryaONE dan mewujudkan rangkaian industri antara Institusi Pengajian Tinggi Awam dan penggiat seni artistik dan kreatif teknologi menerusi pengajuran aktiviti dan pengisian yang berbentuk ilmiah termasuk senario terkini persada seni
  •  Memberi ruang dan panca persada kepada pelajar-pelajar dalam mempersembahkan karya-karya seni dan kreatif kepada umum.

MISI
  • Menguruskan dan menjalankan pengurusan program dengan penuh etika dan kualiti dengan mengikut gerak kerja serta piawaian yang ditetapkan.    


    MATLAMAT
  • Mewujudkan program berbentuk manifestasi teknologi kreatif dan artistik yang dianjurkan oleh fakulti yang berdaya kreatif, cekap, inovatif dan terlatih sebagai pusat perkongsian ilmu dan medium penggerak seni kreatif yang dapat dimartabatkan oleh seluruh masyarakat di Malaysia
  • Meningkatkan dan menjadikan seni teknologi kreatif dan artistik di Malaysia seiring dengan perkembangan dan kedudukan seni kreatif di luar neagara serta memberi pendedahan berbentuk mesej ilmu.
  • Memartabatkan seni kreatif di Malaysia ke arah pembangunan masyarakat yang berbudaya luhuR
  • Mengukuhkan perpaduan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk masyarakat Malaysia dengan penerapan nilai budaya seni kreatif yang bermutu tinggi.
  • Memberi apresiasi kepada penghasilan karya-karya kreatif pelajar menerusi penganugerahan menerusi kategori-kategori pencalonan.
  • Mengenengahkan bakat-bakat baru dalam persada seni kreatif kepada industri. 


ATURCARA PROGRAM MINGGU ”KaryaONE” DAN Malam GALA ”KaryaONE”
HARI PERTAMA - 11 APRIL 2011 / ISNIN                                                    
DEWAN ANNEXE
09.30am- 09.40am        Ketibaan tetamu/ peserta
09.50am-10.00am         Ketibaan penceramah
10.00am-11.00am         Dialog & Wacana Seni (MAT SENTUL)
11.30am -12.00pm        Sesi soal jawab
12.00pm -02.00pm       Rehat
02.15pm-04.30pm        Sambungan Dialog & Wacana Seni(AHMAD NAWAB)
04.30pm-05.00pm       Sesi Soal jawab 2
05.00pm-05.30pm       Minum petang
05.30pm                         Bersurai 
PAMERAN SENI KREATIF PELAJAR_PELAJAR ANIMASI DAN SKRIN DI SEPANJANG FOYER DSD DAN ANNAXE
DEWAN SRI BUDIMAN
08.30 -10.30 pm              TAYANGAN PROMOSI FILEM
HARI KEDUA - 12 APRIL 2011 / SELASA                                                    
DEWAN ANNEXE
09.30- 09.40am               Ketibaan tetamu/ peserta
09.50am-10.00am          Ketibaan penceramah
10.00am-11.00am           Bengkel Penulisan
11.30am -12.00pm          Sesi soal jawab
12.00pm -02.00pm         Rehat
02.15pm-04.30pm          Dialog Animasi dan demontrasi
04.30pm-05.00pm         Sesi Soal jawab 2
05.00pm-05.30pm         Minum petang
05.30pm                           Bersurai

PAMERAN SENI KREATIF PELAJAR_PELAJAR ANIMASI DAN SKRIN DI SEPANJANG FOYER DSD DAN ANNAXE

DEWAN SRI BUDIMAN (DSB)                                                                                 
08.00pm                       Ketibaan tetamu
08.15pm                        Ketibaan tetamu VIP
8.30pm-10.00pm        Pementasan Teater Kanak-Kanak
10.00 pm                       Bersurai

HARI KETIGA - 13 APRIL 2011 / RABU                                                                   
DEWAN ANNEXE
09.30- 09.40am               Ketibaan tetamu/ peserta
09.50am-10.00am          Ketibaan penceramah
10.00am-11.00am          Dialog Pengurusan Industri Kreatif
11.30am -12.00pm         Sesi soal jawab
12.00pm -02.00pm        Rehat
02.15pm-04.30pm         Dialog Pengarahan Filem
04.30pm-05.00pm        Sesi Soal jawab 2
05.00pm-05.30pm        Minum petang
05.30pm                          Bersurai

DEWAN SRI BUDIMAN (DSB)                                                                                                                                                                          08.00pm- 08.15pm         Ketibaan tetamu
08.15pm- 08.30pm         Ketibaan tetamu VIP
08.30pm-10.00pm         Tayangan Menora Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.
10.00 pm                          Bersurai


HARI KEEMPAT - 14 APRIL 2011 / KHAMIS                                                                              
DEWAN ANNEXE
09.30- 09.40am              Ketibaan tetamu/ peserta
09.50am-10.00am          Ketibaan VIP/ jemputan
10.00am-11.00am          Tayangan Produk Kreatif Pelajar
11.30am -12.00pm         Sesi soal jawab/ pandangan
12.00pm -02.00pm        Rehat
02.15pm-04.30pm         Sambungan tayangan Produk Kreatif Pelajar
04.30pm-05.00pm         Sesi Soal jawab 2
05.00pm-05.30pm         Minum petang
05.30pm                           Bersurai

DEWAN SRI BUDIMAN (DSB)
07.45pm - 08.00pm       Malam ketibaan tetamu/ Pelajar
08.00pm - 08.15pm        Malam Ketibaan Artis jemputan/ pensyarah/ Staff UITM
08.15pm – 08.20pm       Ketibaan tetamu VIP
08.20pm – 08.25pm       Acara bermula
08.25pm - 08.35pm        Ucapan daripada Counselor
08.35pm - 08.45pm        Ucapan daripada dekan fakulti
08.45pm - 09.00pm        Perasmian oleh VC ditemani oleh dekan fakulti
09.00pm–09.02pm     Persembahan 1 MENORA 

 09.02pm - 09.04pm        
Anugerah 1 POSTER PRODUK KREATIF TERBAIK 

09.04pm  - 09.06pm       
Anugerah 2 IKLAN & HEBAHAN KHIDMAT AWAM TERBAIK
09.06pm - 09.08pm       
Anugerah 3 SKRIP TEATER TERBAIK
09.08pm – 09.10pm       
Anugerah 4 SKRIP FILEM PENDEK TERBAIK
09.10pm - 09.25 pm       Persembahan 2 PERSEMBAHAN LIVE BAND
09.25pm – 09.30pm       
Anugerah 5 PENATAAN SENI FILEM PENDEK TERBAIK
 09.30pm – 09.32pm      
Anugerah 6 SINOGRAFI TEATER TERBAIK
09.32pm-09.34pm          
Anugerah 7 PENGURUSAN FILEM PENDEK TERBAIK
09.34pm - 09.36pm        
Anugerah 8 PENGURUSAN TEATER TERBAIK

09.36pm – 09.52pm        PERSEMBAHAN 3 INDIAN DANCE

09.52pm- 09.50pm        
Anugerah 9 SINEMATOGRAFI FILEM PENDEK TERBAIK
9.50pm - 10.05pm        
Anugerah 10 SUNTINGAN FILEM PENDEK TERBAIK
10.05pm - 10.10pm       
Anugerah 11 DOKUMENTARI TERBAIK
10.10pm - 10.12pm        
Anugerah 12 MUZIK VIDEO TERBAIK
10.12pm -10.20pm        
Anugerah 13 VIDEO EKSPERIMENTAL TERBAIK

10.20pm -10.35pm         PERSEMBAHAN 4 LIVE BAND

10.35pm – 10.40pm       
Anugerah 14 PELAKON TEATER TERBAIK
10.40pm- 10.45pm       
Anugerah 15 PELAKON FILEM PENDEK TERBAIK
10.45m- 10.50pm          
Anugerah 16 PENGARAH TEATER TERBAIK
10.50pm- 10.55pm        
Anugerah 17 PENGARAH FILEM PENDEK TERBAIK

10.55pm- 11.10pm        PERSEMBAHAN 5 KALAU BERPACARAN

11.10pm – 11.12pm       
Anugerah 18 PENERBITAN FILEM ANIMASI TERBAIK
11.12pm – 11.14pm       
Anugerah 19 PENERBITAN FILEM PENDEK TERBAIK
11.16pm- 11.18pm        
Anugerah 20 TEATER TERBAIK

11.18pm –11.20pm          
PERSEMBAHAN ARTIS PENUTUP
11.20pm–  11.40pm      
Jamuan makan malam/ VIP/ Staff/ Media / artis jemputan.
 11.30pm                          
BERSURAI

No comments:

Post a Comment